.kisah seorang gadis yang mencari plot-plot hidupnya.

Siapa saya ?
Persoalan yang sering ditanya di dalam diri.
Soalan yang umum maka jawapannya pasti pelbagai bukan ?
Jika kita membawanya ke skop yang lebih kecil dan dihalusi lagi?

Saya sedang mencari rentak hidup saya, plot-plot hidup saya.

Di manakah klimaks nya ? Adakah belum tiba ? Ya ! Mungkin satu hari nanti.
Inilah perjalanan hidup seorang gadis yang sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan.

"Semoga plot-plot kehidupannya tersusun dengan rapi dan teratur
kerana semuanya diolah oleh gadis ini sendiri atas keizinan Allah S.W.T."

U follow I, I follow U okay !

Monday, December 21, 2009

18 SX. Baru nak belajar ?

Assalamualaikum.



Dua tiga hari nie berjalan jalan dalam alam maya nie, tengok belog orang semua ada nuffnang nie. Tengok kt chat box orang sebut 'friso', 'sherlock' dan lain-lain wat saya bingung. Bingung sangat weyh! HAHA. Rupa-rupanya itu semua psl iklan yg keluar time dorang usya blog saya. JAHIL nya saya. :P

Jalan-jalan lagi, baru la saya tahu apa function nuffnang nie dan juga pentingnya traffic. JAHIL lagi saya dalam bab nie. Niat awal buat blog ini sekadar suka-suka tapi lama-lama apa salahnya kalau kita menambah income walaupon lambat kan? Pada masa yang sama kita pon boleh kenal-kenal dgn nuffnangers yang lain.

Saya tengok semua nuffnagers tak lokek. Saya tak tahu siapa yang click dan siapa tak click. Saya tanak paksa sesiapa pon. Cukuplah sekadar pesanan dekat ruangan 'for you darling!'. Bukan xnak usaha, tapi biar la orang tue click dari hati dia sendiri dari kemahuan dia sendiri.

Bagi yang click nuff di blog saya, saya ucap ribuan terima kasih. Jasa anda hanya Allah boleh balas. Bila saya dah tahu sikit demi sedikit, rasa best pulak pegi jalan-jalan blog orang then click nuff dorang. Secara sukarela u know. Tolong sesama manusia dan lagi pon tak perlu keluarkan duit sendiri. CUMA KLIK SAJA!

Bagi kawan-kawan yang belum ada akaun nuffnang, saya seru korang join la. Wahh guna perkataan seru lak tue. Join je la, korang tak rugi apa-apa pon. Just isi form, letak iklan kat blog dan click click iklan kt blog orang utk membantu sesama bloggers. Mudah kan ? Duit korang tak tersentuh pon.

Lagi satu, kalau korang nak berjaya, korang jangan tak tolong orang lain jugak. Orang click kt korang, tak kan korang nak diam je. Goyang kaki tak tolong orang lain. Tak baik taw ! So sama-sama la kita click okay. Korang akan kenal ramai orang. Betol saya tak tipu. Ada sesetengah blog saya admirer penulisannya. Best !

rizha oh rizha : jangan sekadar nak buat duit tapi untuk menambah ilmu juga. saya baru la tahu apa itu traffic dan sewaktu dengannya. baru la tahu serba sedikit pasal apa yg sy boleh buat bila saya surfing internet tanpa buang masa cmtue je. MAAF UTK TAJUK ENTRY INI  :)


Sunday, December 20, 2009

Meronggeng ! Super duper penat !

Assalamualaikum.



Kejadian nie terjadi 4 hari yang lepas, hari ini baru saya melaporkan. Malas yang teramat kot. Okay okay ! Kisahnya kawan-kawan saya nie haa, mau ajak jalan-jalan. *hakikatnya saya yg lebih. HAHA. Ila sudah pulang, jadi kami bertiga meronggeng sepatutnya berempat. Tapi jadi bertiga.

Saya bangun awal pagi. Sumpah semangat gila. Baju dah pilih yang mana nak pakai. Susah weyh saya nak cari baju bila nak keluar kerana bajunya mesti paras bawah punggung. *rules bapak saya. Baju banyak dah singkat. Adakah ini menunjukkan saya membesar dengan cepat dan tinggi ? AUTA !



Kawan saya lambat, habis basah ketiak saya menunggu. Basah ketiak ? Oh NO ! Rexona NO sweat ! Promote boleh ! HAHA. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai. Yeay ! Kami pegi CS saja sebab bapakku pesan jgn main jauh-jauh. Paling dekat la tue. Haishh !

Sudah sampai, confirm pegi toilet dulu utk membetulkan apa yang patut ! Perempuan memang begitu. HAHA. Tengok SANTAU ! Kawan saya TAKUT sangat sampai macam nak sorokkan muka dia dlm kotak popcorn. *cehh bajet saya tak takot. Saya hanya TUTUP mulut saja! Haha.

Lepas tue, perut dah buat konsert hard rock suda ! Singgah McD. Makan-makan serta mengusya orang. Malangnya tak ramai jejaka yang kacak di situ. HAHA. Layan makan lagi bagus ! Kemudian shopping time. Sampai sengkek saya ! Duit keluar mcm air paip bomba tahu !




Beli barang mahu balik kolej, apa yang saya BANGGA di sini kan, saya membelanja menggunakan duit sendiri. *sambil mendabik dada ! HAHA. Padahal orang lain wat cmtue tak kecoh pon. MAAF YA ! ini kali pertama saya tahu . My parents selalu yang tolong bayarkan sebelum ini.

Saya beli barang utk badan semuanya. Body wash, shampoo, rexona no sweat , pixy compact powder, pencuci muka & pelembap (Nano white!),dan segala bagai lagi. Malas nak list okay! Beli bag dan kasut. Kasut saya beli sangat comel. Malas mahu tayang di sini. Nt tak surprise kat kolej .



Sudah dekat maghrib, rushing mahu balik kalau tak big boss marah nanti. Otw balik, ibu sSya telefon dan saya cakap nak balik sudah. Sampai rumah dengan selamat. Ila bawak kete macam dah lama dpt lesen kereta. Saya bangga denga beliau. *bila la saya nak terer drive kete nie ? Overall sangat best !

rizha oh rizha : thanx to an and ila. before makan baca bismillah utk ELAK santau ! sangat enjoy okay dan sangat berpuas hati walaupon tak semua barang dapat dibeli kerana duit sudah licin. sedih weyh! :(


Jom gelak sama-sama !

Salam.

Macam semalam, jalan-jalan usya blog orang. Banyak blog yang bagus power dan hebat-hebat belaka. Kalau dan dibandingkan dengan blog saya ini, rasa cam nak tanam je muka nie dalam-dalam kt tanah tue. HAHA. Saya masih baru dalam dunia blogging nie.

Tadi usya blog one of my follower. Post beliau mengenai video Nobody - Wonder Girl but versi lelaki. Aduhai . Saya yang tengok awal-awal nie, memang gelak guling-guling. Boys dance shaking their asses . OMG ! But so impressive u know. Saya pon tak mampu nak menari camtu. HAHA.



Lepas itu jumpa video ini pulak, tengok kt bawah nie. Ya Allah, budak nie super duper jujur tahu ! Esok esok saya nak anak camnie la. Jujur terlebih ! HAHA . Bayangkan kalau anak korang cakap camtu kt korang. Korang boleh gelak kalau dia kecik lagi tapi kalau besar sudah ?



Korang dengar tak apa yang dia cakap last sekali ? "I love you too but I don't like you all a time" . HAHA. Sumpah jujur sangat budak comeyh nie. Selamat budak nie kecik lagi, kalau besar cam saya, nak kena penampar bapak saya ? HAHA.''

 rizha oh rizha : saya sangat tercabar tengok laki boleh menari macam tue dan mahu didik anak-anak saya nanti supaya jujur setiap masa. HAHA.