Followers

Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009 sayang !

Assalamualaikum.

Nampaknya 2009 akan meninggalkan kita. Tiada lagi 2009. Sedar atau tidak, banyak kenangan manis dan pahit yang saya rasa 2009 ini. Azam baru ? Azam saya untuk 2010 ialah sempurnakan azam 2009 saya dan ada sedikit pertambahan azam. Malas saya tuliskan di sini. MAAF ya !

Saya sedar, sepanjang 2009 ini saya banyak melukakan hati banyak pihak. Di kesempatan ini, saya nak mohon ribuan ampun dan maaf kepada anda sekalian. Saya juga turut bersyukur kerana ada dua insan yang terlalu menyayangi saya walaupon saya banyak lukakan hati mereka. *tidak termasuk familia saya*

Hidup ini kita kena selalu memberi bukan selalu menerima. Saya mahu pegang kepada prinsip ini maka apa yang saya terima, akan saya beri kepada insan yang memerlukan. "Give and Take". Bagi saya kalau dalam sesuatu perhubungan, perkara itu penting tidak kira percintaan atau persahabatan.

Orang selalu cakap kepada saya, 'usah fikirkan sangat orang lain, fikirkan diri awak dulu.'  Saya mahu begitu tapi saya tak mampu. Saya tidak mungkin mampu tersenyum dengan ikhlas sekiranya saya melihat orang menderita kerana saya. Jadi, beri saya peluang untuk saya bahagiakan mereka yang memerlukan saya.

Saya bukan mahu jadi cat woman, tapi adakah saya milik anda sepenuhnya ? Tidak ! Saya milik keluarga saya dan pencipta saya ! Jadi jangan halang saya untuk menyayangi. Jangan halang saya bahagiakan orang ! Walau kita punya perasaan cinta pun, itu bukan sebagai penghalang untuk kita bahagiakan orang lain.

Mungkin apa yang saya ingin luahkan memberi seribu kefahaman kepada anda semua. Masing-masing akan berfikir dan memahami dengan cara sendiri. Saya cuma harap apa yang saya tuliskan tidak akan menimbulkan salah faham buat segelintir pihak. Cuma fahami dan selami bukan menghakimi. 

Semoga tahun 2010 ini akan dihabiskan dengan perkara yang berfaedah dan akan saya warnai dengan perkara indah dan bahagia. 2010, saya akan biarkan memberi dan menerima seiring bersama ! Manis dan pahit akan saya seimbangkan agar menjadi satu pengajaran buat saya. :)

rizha oh rizha : hanya repekan cuma ! Maafkan saya dan ini post saya yang terakhir untuk 2009, maka esok akan bermulanya entri 2010. Selamat tinggal 2009 sayang ! Saya akhirkan entri ini dengan lagu ini.

Si Gadis

Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan


Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas


Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup


Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama


Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal “bagaimana lagi?”


Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia


Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu


Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia


Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah


Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis.



Saturday, December 26, 2009

My wishes will not come true coz of u boys !

Assalamualaikum.

Everyday I hope I my days will perfect. No more crying no more hurting and no more fighting. Looks like my life becomes gloomy and full of sadness. Am I deserve to get through all this thing ? Is it I'm not deserve for happiness ? Keeps pray to god to brighten my day. Stop all the disasters. Don't ruined my life anymore.

" Someday I wish I will walk at beach with someone I loved.
Someday I wish I will not hurting anyone anymore.
Someday I wish my days full of happiness not sadness.
Someday I wish I will hold his hand tightly.
Someday I wish I will be the queen of his heart.
Someday I wish they will understand me.
Someday I wish I will live with him with no regret.
Someday I wish they can accept my decision.
Someday I wish no one interfere my live anymore.
Someday I wish people that I love will happy.
Someday I wish you will be the king of my heart.
Someday I wish I can love myself first before I love him.
Someday I wish my wishes will come true."

Gives me some spaces boys. Don't force me anymore. When you forcing me, I will keep hurting you boys. I don't wanna hurt anyone anymore. Do you understand me boys ? Don't make our lives become miserable ! Boys, thanx for make me happy before this. I want my wishes come true. Please and please don't do anything that will destroy all my wishes. I'm hoping for these you know boys. Understand me not forcing me !


Friday, December 25, 2009

Warkah buat insan bergelar kekasih.

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti.

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
usah bersedih atas perpisahan sementara ini 
jika benar aku tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
  

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]


rizha oh rizha : saya amek ini dari iluvislam. tapi tak keseluruhan. mampukah saya sebegitu?
 

Lagi-lagi contest !

Assalamualaikum.

Jalan punya jalan kt belog orang, gila banyak contest orang buat. Semua contest bagi benefit kat semua pihak iaitu pesertanya dan tuan punya contest. Kenapa? Entry untuk contest itu saja mampu mencapai 1000 komen. Gila banyak weyh! HAHA. Tapi bagus jugak at least bloggers boleh knl antara 1 sama lain.

Pelbagai hadiah ditawarkan. Ada 1 contest hadiahnya bernilai beratus-ratus ringgit. Lagi la banyak modal dikeluarkan. Boleh dikaitkan hidup berani untuk gagal. Ye la semua pertaruhkan pelbagai gambar untuk menang dan ada segelintir untuk suka-suka sahaja. Main kalah adat permainan. Yg penting support sesama bloggers.

Best jgak tengok gelagat orang yang masuk contest, termasuk la saya. HAHA. Masing-masing dengan cara sendiri. Orang yang buat contest pulak kena pikir pelbagai contest yang lain dari yang lain. Macam-macam kan. Pasni saya nak wat contest tulis karangan BM la tapi berbentuk cerita serta bergambar. Whooahhh~!!

Saya main-main saja pasal nak buat contest tue. Malas nak serabut kan kepala yang memang tengah serabut. HAHA. Ye la, nak pilih pemenang bukan senang taw. Boleh pening kalau 1000 contestant! Kan kan? Tunggu hujung tahun nie. Cuti semester tiga saya nanti ! Sabar ya ! Saya suka tengok orang olah satu cerita. :)

rizha oh rizha : next entry akan ada lagi banyak contest. saya merajinkan diri join contest-contest itu. saja suka suka coz bosan di rumah. :)


Gaya hidup baru !

Assalamualaikum.


UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

Macam lama sudah tak update kan? Padahal baru beberapa hari yang lepas. Maaf atas entri sebelum ini. Saya telah delete atas sebab-sebab tertentu. Rupanya tinggal minggu depan saja saya akan berada di rumah kerana cuti sem akan berakhir. SEDIH sangat !

Saya akan pulang ke uitm tercinta pada 2 Januari. Rumah yang saya dapat tingkat LIMA. Kemudahan lift TIDAK disediakan. Maka saya dan housemates saya yang comey itu perlu memanjat tangga hari hari. WOW ! Saya best sangat ! Boleh KURUS ! Good for me la! *nada perli kot.



Nampaknya sem depan nanti saya dan housemates kena kumpul kupon aktiviti banyak-banyak untuk sem tiga. Supaya tak dapat tingkat lima lagi. Apa lagi ya ? Buku economy perlu saya sentuh dan belai-belai kerana next sem belaja macroeconomies. BEST la kot ! HAHA.

Blog ini bakal saya tinggal buat sementara dan saya hanya update bila ada peluang saja. Ya saya punya broadband maxis dan celcom. Tamak gila sampai dua. Nanti saya potong yang mana lembap kt puncak tue. HAHA. Tapi duit RM50 pasti akan melayang terbang.



Nest sem saya berazam untuk jimat cermat. Shopping kadang-kadang. Makan nasi dan sayur sahaja. Apa lagi ? Makan malam akan dikurangkan kerana malas nak turun. Tingkat lima weyh ! Jogging hari-hari lepas balik dari kelas ! Buka akaun baru untuk harta sepencarian. HAHA. *confirm menabung !

rizha oh rizha : sbb utama nak berjimat, duit kena simpan utk kawen dan mahu beli dslr. HAHA.  itu sebagai pendorong sy untuk menabung di bank. :)


Monday, December 21, 2009

18 SX. Baru nak belajar ?

Assalamualaikum.



Dua tiga hari nie berjalan jalan dalam alam maya nie, tengok belog orang semua ada nuffnang nie. Tengok kt chat box orang sebut 'friso', 'sherlock' dan lain-lain wat saya bingung. Bingung sangat weyh! HAHA. Rupa-rupanya itu semua psl iklan yg keluar time dorang usya blog saya. JAHIL nya saya. :P

Jalan-jalan lagi, baru la saya tahu apa function nuffnang nie dan juga pentingnya traffic. JAHIL lagi saya dalam bab nie. Niat awal buat blog ini sekadar suka-suka tapi lama-lama apa salahnya kalau kita menambah income walaupon lambat kan? Pada masa yang sama kita pon boleh kenal-kenal dgn nuffnangers yang lain.

Saya tengok semua nuffnagers tak lokek. Saya tak tahu siapa yang click dan siapa tak click. Saya tanak paksa sesiapa pon. Cukuplah sekadar pesanan dekat ruangan 'for you darling!'. Bukan xnak usaha, tapi biar la orang tue click dari hati dia sendiri dari kemahuan dia sendiri.

Bagi yang click nuff di blog saya, saya ucap ribuan terima kasih. Jasa anda hanya Allah boleh balas. Bila saya dah tahu sikit demi sedikit, rasa best pulak pegi jalan-jalan blog orang then click nuff dorang. Secara sukarela u know. Tolong sesama manusia dan lagi pon tak perlu keluarkan duit sendiri. CUMA KLIK SAJA!

Bagi kawan-kawan yang belum ada akaun nuffnang, saya seru korang join la. Wahh guna perkataan seru lak tue. Join je la, korang tak rugi apa-apa pon. Just isi form, letak iklan kat blog dan click click iklan kt blog orang utk membantu sesama bloggers. Mudah kan ? Duit korang tak tersentuh pon.

Lagi satu, kalau korang nak berjaya, korang jangan tak tolong orang lain jugak. Orang click kt korang, tak kan korang nak diam je. Goyang kaki tak tolong orang lain. Tak baik taw ! So sama-sama la kita click okay. Korang akan kenal ramai orang. Betol saya tak tipu. Ada sesetengah blog saya admirer penulisannya. Best !

rizha oh rizha : jangan sekadar nak buat duit tapi untuk menambah ilmu juga. saya baru la tahu apa itu traffic dan sewaktu dengannya. baru la tahu serba sedikit pasal apa yg sy boleh buat bila saya surfing internet tanpa buang masa cmtue je. MAAF UTK TAJUK ENTRY INI  :)


Sunday, December 20, 2009

Meronggeng ! Super duper penat !

Assalamualaikum.



Kejadian nie terjadi 4 hari yang lepas, hari ini baru saya melaporkan. Malas yang teramat kot. Okay okay ! Kisahnya kawan-kawan saya nie haa, mau ajak jalan-jalan. *hakikatnya saya yg lebih. HAHA. Ila sudah pulang, jadi kami bertiga meronggeng sepatutnya berempat. Tapi jadi bertiga.

Saya bangun awal pagi. Sumpah semangat gila. Baju dah pilih yang mana nak pakai. Susah weyh saya nak cari baju bila nak keluar kerana bajunya mesti paras bawah punggung. *rules bapak saya. Baju banyak dah singkat. Adakah ini menunjukkan saya membesar dengan cepat dan tinggi ? AUTA !



Kawan saya lambat, habis basah ketiak saya menunggu. Basah ketiak ? Oh NO ! Rexona NO sweat ! Promote boleh ! HAHA. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai. Yeay ! Kami pegi CS saja sebab bapakku pesan jgn main jauh-jauh. Paling dekat la tue. Haishh !

Sudah sampai, confirm pegi toilet dulu utk membetulkan apa yang patut ! Perempuan memang begitu. HAHA. Tengok SANTAU ! Kawan saya TAKUT sangat sampai macam nak sorokkan muka dia dlm kotak popcorn. *cehh bajet saya tak takot. Saya hanya TUTUP mulut saja! Haha.

Lepas tue, perut dah buat konsert hard rock suda ! Singgah McD. Makan-makan serta mengusya orang. Malangnya tak ramai jejaka yang kacak di situ. HAHA. Layan makan lagi bagus ! Kemudian shopping time. Sampai sengkek saya ! Duit keluar mcm air paip bomba tahu !




Beli barang mahu balik kolej, apa yang saya BANGGA di sini kan, saya membelanja menggunakan duit sendiri. *sambil mendabik dada ! HAHA. Padahal orang lain wat cmtue tak kecoh pon. MAAF YA ! ini kali pertama saya tahu . My parents selalu yang tolong bayarkan sebelum ini.

Saya beli barang utk badan semuanya. Body wash, shampoo, rexona no sweat , pixy compact powder, pencuci muka & pelembap (Nano white!),dan segala bagai lagi. Malas nak list okay! Beli bag dan kasut. Kasut saya beli sangat comel. Malas mahu tayang di sini. Nt tak surprise kat kolej .



Sudah dekat maghrib, rushing mahu balik kalau tak big boss marah nanti. Otw balik, ibu sSya telefon dan saya cakap nak balik sudah. Sampai rumah dengan selamat. Ila bawak kete macam dah lama dpt lesen kereta. Saya bangga denga beliau. *bila la saya nak terer drive kete nie ? Overall sangat best !

rizha oh rizha : thanx to an and ila. before makan baca bismillah utk ELAK santau ! sangat enjoy okay dan sangat berpuas hati walaupon tak semua barang dapat dibeli kerana duit sudah licin. sedih weyh! :(


Jom gelak sama-sama !

Salam.

Macam semalam, jalan-jalan usya blog orang. Banyak blog yang bagus power dan hebat-hebat belaka. Kalau dan dibandingkan dengan blog saya ini, rasa cam nak tanam je muka nie dalam-dalam kt tanah tue. HAHA. Saya masih baru dalam dunia blogging nie.

Tadi usya blog one of my follower. Post beliau mengenai video Nobody - Wonder Girl but versi lelaki. Aduhai . Saya yang tengok awal-awal nie, memang gelak guling-guling. Boys dance shaking their asses . OMG ! But so impressive u know. Saya pon tak mampu nak menari camtu. HAHA.



Lepas itu jumpa video ini pulak, tengok kt bawah nie. Ya Allah, budak nie super duper jujur tahu ! Esok esok saya nak anak camnie la. Jujur terlebih ! HAHA . Bayangkan kalau anak korang cakap camtu kt korang. Korang boleh gelak kalau dia kecik lagi tapi kalau besar sudah ?



Korang dengar tak apa yang dia cakap last sekali ? "I love you too but I don't like you all a time" . HAHA. Sumpah jujur sangat budak comeyh nie. Selamat budak nie kecik lagi, kalau besar cam saya, nak kena penampar bapak saya ? HAHA.''

 rizha oh rizha : saya sangat tercabar tengok laki boleh menari macam tue dan mahu didik anak-anak saya nanti supaya jujur setiap masa. HAHA.


Saturday, December 19, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal. (contest kah?)

 Assalamualaikum.

Contest lagi? Ini sekadar main-main sahaja. Saya bosan jadi saya masuk contest ini. Sebenarnya bukan hadiah yang dipertaruhkan yang saya mahukan, tapi kenalan baru. Saya tahu contest ini  'HIDUP BERANI UNTUK GAGAL' dari Mr Propito. Secara jujurnya, banyak bloggers yang saya tertarik dengan blog mereka setelah sepanjang hari meng'explore' blogspot. Rajin betul saya. Antara yang menarik? Banyak sangat jadi tak larat nak letak link. Tengok la link kt bawah-bawah post nie.

Berbalik kepada tajuk di atas? Apa yang korang rasa fikir ? Ya ya betul kita hidup ini perlu berani untuk gagal. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya bukan ? Jadi kita perlu siapkan diri dengan pelbagai kemungkinan iaitu samada kita gagal atau kita berjaya. Pengalaman saya? Saya masih muda dan kegagalan yang saya pernah lalui tidaklah memberi impak yang terlalu besar sepreti orang lain tapi cukup memberi pengajaran untuk saya.

Kalau dulu, saya pernah fail subject Add Math. Perkara normal bukan ? Subject killer of course bagi majoriti pelajar except yg otak memang terer add math. Dulu banyak subject saya pernah fail, tapi alhamdulillah berbekalkan semangat, dorongan dan doa saya memperolehi keputusan SPM yang cemerlang. Kegagalan bukan titik noktah dalam hidup tapi sebagai permulaan kita yang tersungkur terjunam di bawah. Ayuh bangun bangun kejar semula !

Gagal apa lagi? Perjalanan saya masih panjang tapi saya tak tahu samada esok lusa mungkin saya tiada di muka bumi ini. Wallahuallam. Jadi, kita perlu bersiap sedia. Kalau kita takut kepada kegagalan, mungkin kita akan tenggelam terus dan masih di tahap yang lama. Kenapa saya kata begitu ? Ini disebabkan kita tidak pernah bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Jika kita sudah bersedia dengan apa yang bakal terjadi, walaupon gagal kita terus bangun mengatur strategi supaya tidak gagal lagi.

Tidak semua orang bernasib baik sepanjang masa. Hidup ini macam roda, kadang-kadang kita di bawah dan kadang-kadang kita di atas. Jadi get ready okay ! Kita tengok berapa ramai orang yang bunuh diri, gila dan sebagainya disebabkan KEGAGALAN. Kita ada agama, kita ada pegangan. Pegang lah kepada ajaran kita. Allah sentiasa membantu hambaNya tidak kira darjatnya. Berdoa dan tawakal serta redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Jadi kita mesti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL !

p/s : jika mahu sertai sila copy paste semua di bawah ini dan post. Utk keterangan lanjut sila click di sini.

Ini contest terakhir untuk penutup tahun 2009. Semuga contest ini akan memberi manafaat kepada ramai teman-teman blogger dan semuga contest ini juga dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

2. Kepada yang rajin mempromosi contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.

3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog : contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Rizha CUMA !

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.
6. Jangan lupa subscribe blog ini melalui email dan aktifkan.
7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah :)

Assalamualaikum.

Tutup buku lama, buka buku baru. Buku baru, patut dihiasi dengan perkara-perkara yang baik bukan ? Ya ! Begitulah harapan saya dan azam saya tahun baru Islam ini. Banyak yang saya mahu lakukan tapi itu lah selalu kalah dengan godaan syaitan.

Apa azam saya kali ini? Macam-macam yang saya harapkan dan mahu betulkan. Cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Siapa yang tak mahu jadi baik kan ? Semua orang mahu bukan ? HAHA. Tanya oang jahat pon dia nak jadi baik. Okay la tue. Perubahan di mana-mana saja.



Yang paling utama mestilah mahu mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kpd Allah SWT. Teringat video yang kak ngah pernah bagi. Setiap kali tengok, pasti menitis air mata. Saya mahu berubah ! Walaupun hanya bait puisi, tapi cukup menyentuh sanubari ini.

Saya mahu dapat 4 FLAT! Ya itu azam saya juga. Kalau tak dapat, tapi mahu dekan ! Saya mahu stay dalam fast track sampai degree. Lagi dan lagi? Cara pemakaian saya. Ini lemah sikit. Adoi. Okay okay! Kuruskan badan secara maksimum! HAHA. *ada kena mengena?

Banyak yang saya mahu lakukan, saya mahu mohon scholarship JPA. Hopefully dapat la nanti. Amin. Cinta ? Saya mahu pupuk cinta saya kepada Allah dahulu. Cinta manusia ? Saya mahu seorang insan yang bawa saya kepada cinta Allah. Really hope for this. :)

Banyak yang saya mahu lakukan, tapi apa yang penting diutamakan dulu. Agama, keluarga dan pelajaran. Ya, I want my parents proud of me. Kawan-kawan, kita sama-sama lakukannya okay. To my dearest roommate, Ieqa, dalam diam-diam saya byk belajar dr anda taw! :)







rizha oh rizha : video ini di upload oleh insan yang saya kenali, thanx to her coz upload kt youtube. :) kalau boleh, tengoklah semua video di atas dan muhasabah diri sesama kita. :)




Terusik kah saya?

Assalamualaikum.

Pagi tadi my mom calling me and ckp beliau dan ayahku sudah mahu berangkat ke tanah suci. Saya yang baru bangun tido agak mamai mamai gitu tersedar dr lamunan. Lalu saya pon cakap, 'Mak jaga diri taw!' Hanya ayat ini saja yang mampu diluahkan. Hati tetiba rasa sebak sangat. :(


Terima kasih utk semua pic ini. (ditujukan kpd org yg snap pic ini)

Hati semakin sayu, jadi saya bangun and then turn on my lappy. Tengok facebook sebentar. Layan lagu-lagu yang dulu selalu saya dengar. Tetiba rasa rindu sangat nak dengar lagu Rascal Flatts - WHat Hurts The Most. I love this song so much. Mungkin sebab bait bait liriknya.

Pagi ini terasa badan lemah sangat, hati tak setenang dulu. Entah kenapa . Hati sentiasa terusik dan memaksa diri melawan satu perasaan yang sangat-sangat menyakitkan di dalam hati ini. Arghh persetankan semua itu. Tertekan tertekan ! Tabahkan lah hatiku ini Ya ALLAH.

I thought Im strong enough to get through all these things but Im wrong. Totally wrong ! Someday, I wish I will forget everything and keep move on. Moving on and grabs my happiness. Ya Allah, betapa besarnya dugaanMu kepadaku. Cinta kepadaNya patut saya pelihara dulu. Ya, semestinya !


I wish I will get true love. (gambar perhiasan cuma)

Di awal tahun baru ini, saya berazam dan akan cuba melakukan sehabis baik. Saya mahu berubah dan mendekatkan diri kepadaNya. Ini jalan yang terbaik. Tempat mengadu segala hal. Hanya kepadaNya saja mampu saya berserah. Dengan izinNya baru saya mampu melakukan semua itu.

rizha oh rizha : baru saya tahu betapa peritnya putus cinta walaupon kita yang membuat keputusan. tapi jangan risau, saya akan bangun dan berdiri dengan teguh. begitu juga insan lain yang turut merasa perasaan yang sama.


Thursday, December 17, 2009

Cinta Pertama ?

Assalamualaikum.

CINTA TERAKHIR - AIMAN


 
Saya mahu kongsi ini lagu. Lagu kah or nasyid ? Aiman nie dr akademi nasyid. Nasyid la kot kan? Hehe. Nice song. Simple lyric but maksud mendalam. Senang dipahami. Sesuai untuk orang yang sedang hangat bercinta dan sudah putus cinta. 

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....


rizha oh rizha : thanx to mira Uttika coz tag video lagu nie kt fb, dh pernah dgr but tak tahu siapa penyanyi dan tajuk lagunya. Mira telah memecahkan kebingungan saya. HAHA.


Saya nk ajar subject business nie !

Assalamualaikum.


Ini check list utk subtopic yg perlu saya cover utk sem nie.
(tulisan buruk sbb kalut-kalut, last minute and nak cepat)


Korang nampak kat tittle post saya hari nie apa ? Ya business ! Meh sni haa cek nak ajaq hampa semua introduction to business. Haha. Bajet cm lecturer lak. Subject nie saya belajar last sem (part 1 baru), kalau normal diploma accounting, korang belajar subject nie 2nd sem. Get ready okay!

Apa pendapat saya tentang subject ini ? Wahh~ Cam dekan lak nak bagi komen-komen nie. Ada muka ka saya nie cam dekan ? HAHA. Subject nie semuanya kena membaca, boleh jawab exam secara logik akal tapi korang kena paham dlu sebelum nak tembak je. Sebab mengelirukan all chapters u know.


Yang stars, selalu masuk final exams. (abaikan tulisan saya yg buruk)


Sungguh mengelirukan. Kenapa ya? Kalau korang nak tahu, kadang-kadang saya dan kawan-kawan selalu tnya kt lecturer, "sir, nie chapter apa sir ? tak jumpa pon." Kadang-kadang sir ajar chapter lain, we all bukak chapter lain. Bongek tol! HAHA. Utk subjeck nie, saya ada 6 buah buku rujukan sekali ngan lecturer notes.

Subjek nie gila banyak kena membaca, dalam 1 subtopic, ada beranak pinak dia. Huh ! Short notes yg saya wat ada lagi. Siapa mahu? Amek la. Hehe. Kenapa mesti banyak buku ? Sebab semua tak lengkap mengikut syllabus yg dipelajari. So tampung-tampung semua topics in buku-buku tersebut.


 
Sebahagian dr short notes sy, x mcm short sbb xleyh short dh.


Last minutes punya study, ya mmg betol, saya tak tipu taw ! Sumpah banyak gila sumbat-sumbat dalam otak nie dua hari utk subject nie. Semuanya 18 keping saya buat, menggunakan 9 helai kertas dan depan belakang dimanfaatkan dgn sebaiknya. Semua dalam tempoh dia hari. HAHA.

rizha oh rizha : tittle post nie gimik saja ! Ini sekadar intro untuk subject nie. Good luck for my fwenz yg amek subject nie sem depan. :)


Wednesday, December 16, 2009

Cela mungkin kelebihan kita.

Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara
 

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku


Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa …..
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?


I just want elaborate this song based on my opinion okay ! Tapi hanya penulis pencipta lagu ini saja tahu apa maksud tersiratnya secara lebih maksimum. Lagu nie story bout kekurangan kita. Cela yang dimaksudkan ialah kekurangan diri.

Orang mengutuk mencaci mengkritik kita berlandaskan kekurangan kita. Pada awalnya kita lemah dengan panahan kata-kata mereka tapi sampai bila mahu tunduk saja bukan ? Ya kita bangun dan lawan orang yang melakukan segala bagai terhadap kita.

Ya kita tidak sempurna, kita terima kekurangan kita. Kekurangan kita juga sebahagian hidup kita. Terima kekurangan kita seadanya. Enjoy our lives to the fullest. Yeah! Kekurangan kita juga mungkin boleh jadi kelebihan kita. Who knows rite?

Panjang kalau nak cita semua. HAHA. Cukup la takat itu saja. Saya bosan sebenarnya. Adoi ! Lagu nie menjadi radio blog saya sebentar. Saya akan tukar lagu selepas ini. Tapi lambat lagi kot. Enjoy this song okay. CELA - BONECA .

rizha oh rizha : pukul 10 pagi nt kawan saya datang amek saya dan keluar sama-sama. Mahu tengok movie. Santau atau The Princess & The Frog ?


Tuesday, December 15, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.

Assalamualaikum.


Perhatian perhatian rakyat jelata sekalian,
Saya mahu promote di sini, terdapat satu contest oleh sorg akak chantek, Ezzan Yusop.
Kalau berminat, sila click nama beliau okay ! Saya masuk pon sekadar suka-suka sahaja.
Segala rules and regulations telah disertakan di blog beliau. 



Okay gambar ini saya pertandingkan. HAHA. Tak menang pon xpe coz saya masuk pon sekadar suka suka sahaja. Gambar nie pula di snap oleh camera digital biasa saja, mana mampu lawan dslr kan ? HAHA .


Monday, December 14, 2009

Kini dan semalam.

Assalamualaikum.


zaman sekolah dulu.

Rasa bosan jadi saya mahu tulis karang dan luahkan di belog saya ini. Sudah besar saya rupanya. Agak besar tapi masih muda. Ayat apa itu ? HAHA. Kalau dulu saya berat saya 18 kg ketika sekolah rendah, sekarang YA ALLAH, beratnya takk terkira. Berat sangatkah ? Cuba la angkat !

Orang cakap jangan pandang belakang, tapi saya nak pandang belakang juga cuma sekadar sekilas. Maksud saya, jadikan kenangan yang lepas sebagai pengajaran untuk hari yg mendatang bukannya sebagai bayang-bayang menghantui kita. Dua perkara yang berbeza di situ.

Dulu saya kecil molek, sekarang saya besaq gedabak.
Dulu saya sikit-sikit nak mak, sekarang saya banyak luangkan masa dgn lappy saya.
Dulu saya tak rasa keperitan hidup, sekarang banyak luka di hati saya.
Dulu saya cita-cita nak jadi computer programmer, sekarang saya belajar accounting.
Dulu saya single mingle tak kenal lelaki, sekarang berapa banyak laki saya lukakan.
Dulu saya bahagia dengan insan bergelar kekasih, sekarang saya bahagia jua tapi luka tetap ada.
Dulu saya banyak bermain, sekarang lah kesan drpd sikap saya dulu.
Past is past, future is waiting for us.


gambar terbaru.

Apa yang kita lakukan dahulu lah sedikit sebanyak mencorakkan rentak hidup kita sekarang. Kadang-kadang bila teringat kisah-kisah dulu kala atau the latest iaitu semalam, saya menangis dan terus menangis. Bukan kesali cuma, entah rasa kelu seribu bahasa. Air mata saja menyimbah muka.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada watak-watak yang wujud dalam kisah silam saya kerana anda, pelbagai babak yang dapat dirakamkan dan masih tersimpan rapi dalam ingatan. Sedih, gembira, kecewa, dan lain-lain dapat dirasai atas bantuan anda serta izin daripada-Nya.

rizha oh rizha : saya tak pernah menyesal mengenali sesiapa yang pernah bahagiakan saya dahulu hingga sekarang. saya sangat berterima kasih kepada anda. :)



Terlampau excited ?

Assalamualaikum.


 Tengok gambar dekat atas tue ? Ini semua angkara facebook-ing. HAHA . Time dok best tengah layan facebook ternampak laman web yang design baju nie. So rizha pon gatal-gatal tangan click kt link web tue. Maka terjadilah beberapa design. HAHA.

Macam jakun pulak saya nie? Kan kan ? Apa saya kesah ! Ini semua hanya untuk menghilangkan kebosanan yang terlampau. HAHA . Boleh jadi modal untuk dituliskan dalam blog. Masalah betol kalau orang gila blogging nie kan ?  Semua nak tulis.

I wish my bf will wear this kind of tee.

Macam best saja so saya pon mahu muatkan dalam blog ini. Rasa cam mahu print ja tee semua design nie. Biar satu dunia tahu saya cinta keluarga, kawan dan daddy saya ! HAHA. *bajet satu dunia kenal saya. Melawak cuma di kala kebosanan yang makin menebal.

Okay ini saja mahu saya kongsi. Kalau mahu beli kat website tue pon bule. Silakan ya cuma saya rasa lagi bagus saya pegi print sendiri. Lagi murah kot. HAHA. Bukan kedekut tapi kena berjimat. Jadilah pengguna yang bijak ! HAHA.

rizha oh rizha : kanak-kanak rebina makin membesar memang excited dalam segala benda. HAHA .



Sunday, December 13, 2009

HAHA ! Gelak guling-guling !

Assalamualaikum.



Saya mendiamkan diri bukan bererti saya tak melakukan apa-apa. Anda silap ! Saya teruskan memerhati. Lepas tue tercetus la gelak hilaian tawa saya. HAHAHAHA ! Mesti korang pelik kan ? Berbunyi seakan sindiran bukan ? Mungkin ya dan mungkin tidak !

Bila saya berlalu pergi. Amboi amboi ! Laju saja orang merebut peluang yang ada. HAHA . Baru saya nampak. Baru saya sedar. Rupanya apa yang saya nampak sebelum ini hanya palsu. PALSU ! Paham tak saya cakap palsu ? *macam nada sinis oh !



Apa yang saya ngomelkan nie ? Oh ini sebenarnya sikap manusia. Kita sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan sesuatu. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Ada yang caranya, diam-diam ubi berisi ! Kan Kan ? *macam tujukan kat someone ja. HAHA.

Okay okay ! Cuma saya nak cakapkan saya  agak kecewa dengan sikap seseorang itu. WTFrog la cek oi ! Plastik depan saya ! Adoi ! Okay la. Jangan risau. Grab la peluang yang ada okay! Saya dah tawar hati tahu. Saya bagi peluang nie jangan lak nak sia-siakan. Pandai-pandai la okay !

rizha oh rizha : saya sudah tersedar dari mimpi indah. thanx kepada 'anda' kerana menyedarkan saya dr mimpi 'macam' indah itu. THANX !

-Fairuz Hayati-

Family gathering.

Assalamualaikum.



Hari-hari saya tengok blog kawan-kawan saya especially my beloved fast trackers. Masing-masing dengan post bersyukur coz dpt keputusan yang cemerlang. Saya tumpang gembira utk mereka. Congratulations ya ! Best jugak selalu baca blog orang nie. HAHA .

This weekend, rumah saya sangat sangat meriah. Why ? Semua pulang, my eldest brother brings her fiance. My sis with her husband. Yeah ! Mana tak meriah kan ? If ada anak saudara nanti, mahu lagi pecah rumah saya nie. Maybe 2 years lagi kot. :)


muka orang tak mandi pagi. HAHA.

Hari jumaat lepas, saya, kak nie, kak ngah and her husband pegi mandi dkt Lata Bukit Hijau. Yeah! Kami pergi tempat yang paling atas sekali. Best gila tawu ! Betul-betul dekat air terjun yang first sekali. Air sumpah sejuk nak mampus ! HAHA .

Malam tue pegi makan char kuew tiau kt Sungai Dua. Order 11 pinggan kot. Char kuew tiau special lak tue. HAHA. Sumpah sedap dan puas hati. Orang utara maybe pernah makan kt sana but yang org selatan tue, ada masa try la singgah. Superb tawu ! *kasi promote sikit nie haa..



Hari sabtu pulak, pagi ngan petang x pegi mana. Masing-masing wat urusan sendiri. Malamnya kami makan kt Telok Tempoyak kat penang. Banyak gila makanan. Kenyang gila ! Kerang bakar ! *memang kesukaan saya ngan along. HAHA. Tyme tue semua ada so memang meriah la. Huhu ~

Hari nie, along ngan tunang dia dh nak balik. Kak ngah ngah husband dia pon nak balik. Masing-masing kerja esk. Rumah sunyi kembali kot. Adeyh ! My parents pegi umrah 18 dec. Kak nie blk UPM 26 dec. Tinggal saya ngan abg naim saja nt. 2 Jan saya pulang Puncak Perdana.



rizha oh rizha : tak sabar nak balik puncak kot. HAHA. Next year sangat busy dan tiada cuti sem selama sebulan. ada intersesi. kena berpindah ke induk pulak nt. adeyh !

-Fairuz Hayati-

Friday, December 11, 2009

Alhamdulillah. :)

Assalamualaikum.



Semalam hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar UiTM termasuk la saya semestinya. Oh UiTM dihatiku. *bajet syg UiTM sgt2. HAHA. Semalam keluar result bagi final exam for this semester. Saya x target tinggi coz saya bukan jenis ulat buku or erti lain mengadap buku 24 hours.

For me, I can get better than what I've got now but still bersyukur la. Alhamdulillah. I just expect that I'll get 3 and above but not dean list. HAHA. Thanx GOD. Im managed to get dean's list. Bersyukur tak terkira. My pointer xde la almost 4 flat but yg penting DEAN'S LIST.  *lega sangat-sangat xyah repeat any paper.



Congratulations to my friends yang 4 flat, almost 4 flat and others. Bagi yang x dpt dean list xpe, next next sem korang bule tebus balik. I know fast trackers bole buat. I have to maintain my cgpa and get better than this sem. Yeah ! I must !

Dear my future housemates, next year mesti saya sangat-sangat akan memerlukan bantuan anda. Ye la lapan-lapan orang budak akaun dalam rumah tue. HAHA . Kena tolong sesama housemates la. Kan kan ? Bangga gila satu rumah dean list. Alhamdulillah. :)



I have to put more effort for the next sem. 4 FLAT . Adakah saya mampu? InsyaAllah I'll try my best. Saya mesti ! Ya ! Mesti mesti ! I wanna stay as a fast tracker until my degree. Yeah ! Maw kawen awal kena stay as fast tracker. HAHA. *melawak saja. :)

rizha oh rizha : Thanx to my family, friends and lecturers coz help me a lot. Jasa baik anda saya kenang ! :)

-Fairuz Hayati-


Wednesday, December 9, 2009

Saya manusia juga,




Assalamualaikum.

Sakitnya hati, rasa macam ada orang korek hati nie then cincang lumat-lumat. Kenapa kenapa ? Kenapa mesti semuanya berlaku ? Orang yang paling terdekat dgn saya pulak tue. Arghhh. Terasa macam hidup nie tak adil. Tapi saya tanak cakap camtue Ya Allah, besarnya dugaan-Mu kepada hamba-Mu ini.

Sorang demi sorang melukakan hati yang memang mungkin tak berapa bernilai bagi mereka tapi, tapi saya manusia juga. Manusia yang punya hati dan perasaan. Sayang seribu sayang, perasaan ini hanya dapat diluahkan dalam blog yang tak seberapa megah ini sahaja. :(




Kalau dulu saya suka sharing-sharing masalah dengan kawan-kawan but now, no more. Lebih suka memendam rasa dah tunggu nak meletup saja. Masa dah mengubahkan segalanya. Bukan ! Bukan saya lupa kawan tapi saya tidak mahu mdmbebankan mereka. Sorry !

Ingatkan bila saya dah berusia sebegini, apa yang saya rasa ketika dulu dapat dihakis. Rupanya perasaan ini sentiasa tersemat di dada dan tunggu masanya untuk merasanya kembali. Hebat hebat ! Maknanya sampai bila-bila saya akan rasa sebegini. Like s*** !



Maafkan saya maafkan saya ! Mungkin saya pernah melukakan hati orang lain, ya selepas itu anda melukakan hati saya. Saya bukan nak simpan dalam hati tapi anda memang berjaya melakukannya ! Syabas ! Lepas ini, jangan risau okay, kita sama-sama diam okay ! FULLSTOP !

rizha oh rizha : result kuat 10 dec 10 malam. baru ingat nak check malam ni. alahai uitm oh uitm.

-Fairuz Hayati-