Followers

Monday, December 27, 2010

Syukran Jazilan !


Assalamualaikum.





Terima kasih kawan kawan yang doakan kebahagiaan saya dengan orang tersayang. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Wahhh~ Macam dah kahwin kan ? HAHA. Doa-doakan ya ! Lately memang mood jiwang tak berhenti lepas kena penangan cerita Marry Me, Marry tue ! Ya Allah, memang berbunga-bunga tengok cerita korea tue ! Scene yang paling lekat dalam hati part dorang main ice skating, haaa memang dari dulu simpan cita-cita nak main ice skating dengan orang tersayang. InsyaAllah naik sem nie nak tunaikan impian tue ! ;D


Minggu nie banyak sangat benda yang surprise kan saya, okay tak perlu mention kat sini sebab ini hal terlalu personal. Hehe. To be honest, apa yang jadi tue banyak bagi kesan dekat saya. Saya belajar untuk menjadi lebih matang. Saya juga rasa diberi satu penghormatan bila kawan-kawan kongsi masalah dorang dengan saya, saya suka mendengar dan saya sangat rasa beruntung punya peluang mendengar masalah dorang dan tolong yang mana saya boleh tolong. Terima Kasih Allah, saya nampak sinar kebahagian sekarang. Lihat orang sekeliling kita bahagia, itu cukup untuk buat saya bahagia. :)







Semester depan memang akan sibuk sebab final sem, 24 credit hours pulak tue. Nak berjimba ria tue mungkin awal-awal sem saja. Tapi xpe, waktu intersesi ada ! Wahhhh~ Dah pasang niat tue ! HAHA. Teringin nak jumpa kawan kawan facebook in real life, Eyla, Nabil, Iwe, Amirah, Paan dan lain lain. Seriously jarang saya jumpa kawan-kawan kt alam maya nie in real life, tapi kali nie insyaAllah nak jumpa dorang. They are so nice with me, seriously senang berkawan dengan dorang tambah tambah Eyla si cantik manis ! Hehe. Ada tag nama dorang dekat belog masing masing ! ;)


Azam baru ? Haha. Saya nak jadi anak yang baik dan grad dengan cemerlang. Malas nak azam banyak banyak, kadang-kadang bukan jadi sangat pon. Haha. Saya doakan kawan-kawan saya bahagia, saya nak tengok dorang tersenyum. Saya nak orang orang yang saya sayang hidup bahagia, senang hati dan saya nak tengok senyuman itu datang dari hati dorang. Walaupon dorang jauh dari saya, saya tetapkan doakan untuk dorang. Saya takkan lupa orang yang pernah bahagiakan saya, takkan lupa sepanjang hidup saya. Doa saya sentiasa untuk mereka. Itu saja yang saya mampu buat tanda terima kasih saya kepada dorang. :)







Saya nak ucap ribuan terima kasih kepada sahabat sahabat rapat, teman teman rapat, orang orang tersayang sebab banyak bagi support. Sudi tahan telingan mendengar rintihan hati saya, dengar saya menangis dan lain lain lagi. Terima kasih atas sokongan padu dari korang semua. Terima kasih juga sebab ajar macam-macam dekat saya. Saya yang tak layan lagu Avenged Sevenfold, tahun nie saya gila dengar lagu band nie ! Keep playing their songs, boleh tanya budak rumah saya. Haha. Saya yang tak pernah pegi photoshoot, belajar macam mana nak pose macam model. Haha. Thanx bagi saya peluang yang mungkin susah untuk dapat sebab saya nie talent pon tiada. :)


Saya cuma harap tahun 2011 nie akan dipenuhi kegembiraan dan kebahagiaan. Saya akan kuat, kuat pertahankan apa yang saya ada. Banyak benda yang saya nak lakukan, insyaAllah akan saya tunaikan sedikit demi sedikit. Saya akan buat yang terbaik untuk orang orang yang saya sayang. Saya tak mampu nak bagi hadiah mahal bagai, tapi saya cuma harap kehadiran saya dalam hidup dorang dh cukup bahagiakan dorang. Maybe someday saya akan bagi something yang dorang nak kan sangat sangat ! Sila tunggu saya kerja dulu lah kan ! Haha. Ada kesempatan, saya akan ceritakan semuanya dekat korang di entry yang akan akan datang. Okay ?







Tahun nie tahun last saya dalam lingkungan umur belasan. Tahun depan saya akan menjadi puluh. Umur akan mencapai 20 tahun. Okay bunyi macam dewasa tapi belum okay ! Perangai macam budak-budak. Orang cakap saya matang even umur 19, hahaha sikit je kot. Saya nie perangai macam budak budak lagi, kadang kadang bila perlu serious, kita patut serious kan ? Haha. Sekarang nak kumpul duit untuk MPG, DSLR dan kahwin ! OMG, awal gila perancangan ! Haha. Kahwin tue lambat lagi lah, saya tunggu dia habis belajar dan kerja. Saya nak kejar cita cita saya untuk masa depan yang cerah, untuk keluarga ! Yeahhh ! Apa pon thanx kepada semua followers dan readers yang kunjungi belog ini, Terima Kasih ! Selamat Tahun Baru untuk semua ! :)



p/s : entry nie bukan penutup untuk tahun nie ! maybe lah, akan ada lagi satu entry mungkin. haha. saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas segala sokongan dan nasihat anda semua. :)



Friday, December 24, 2010

Korean Drama !

Assalamualaikum.


Hari nie nak share cerita korea yang sama minat. Yes saya suka tengok cerita korea tapi tak semua yang betol betol saya berkenan di hati ! Ecehh, I mean yang sy follow dari awal sampai habis, download OST. Yang pasti lagu lagu OST cerita yang saya minat nie maksud lirik dia best ! Well, cite lain pon OST best tapi entah terberkenan empat cerita nie so far ! Sumpah cerita-cerita nie bagi kesan dalam hidup saya, you will learn to loyal to someone you love. Yeahhh ! 


Drama korea yang first saya tengok ialah Winter Sonata. Cerita korea yang pertama taw saya tgk. Waktu tue darjah 5 rasanya ! Habis kelas petang rushing rushing balik rumah takot cite tue habis. Haha. Siap nangis nangis lagi okay kalau part sedih tue. Haha. Habis je cerita nie kt tv, tak senang duduk, apa lagi ? Beli habis CD cite nie, beli OST cite nie ! Ya Allah, memang gila lah time nie. Tak kesah dah pasal duit ! Kebetulan mak pon layan cite nie, support habis la kan ! ;D


Winter Sonata nie cite pasal seorang remaja perempuan yang jatuh cinta kepada seorang lelaki yang baru je masuk sekolah dorang, yes he's weird, ego, sombong awal-awal cite tue ! Dorang bercinta and malam Krismas dorang ada date, unfortunately si hero kena langgar dan kononnya mati. 10 tahun berlalu, heroin dah besar, kerja dan semestinya masih cintakan kekasihnya itu, then muncul seorang laki yang rupanya seiras dengan si hero. Actually laki tue mmg hero pon, dia eksiden malam tue dan hilang ingatan, his mom create a new memory for him. Cite nie super sedih serious ! Awal-awal banyak lawak sebab heroin cite nie nakal sikit ! Ending cerita nie happy but sedih sikit sbb last last heronya buta kesan dari eksiden tue. :)











Then cerita Boys Over Flower, yang nie malas nak cerita sangat sebab semua orang tengok cerita nie ! Saya suka cerita nie sebab errr cara Lee Min Ho tengok Jan Di sama macam someone yang saya cintai tengok saya. I mean cara dia perhatikan saya. Serious cara pandangan, lirikan mata tue sama ! Okay sebab tue suka sangat cerita nie ! Haha. This story reminds me of him. Waktu layan cite nie pulak I am not close with him anymore. Haha. Cerita lama, biarlah tak payah nak ungkit kan ? Hehehe.


Dram seterusnya ialah Personal Taste ! Okay hero yang sama Lee Min Ho. Saya suka cerita nie sebab hero cerita nie. Again sebab cara pandangan dia ! Haha. Then bukan sebab handsome tapi cause he is very determined, perfectionist ! Even ego tetap ada, dia tetap percayakan si heroin, even apa yang jadi. Yeay suka lagi macam nie. Kena percaya, jangan cepat sangat menggelabah, laki la kan. Perempuan memang semula jadi macam tue. Senang EMO sikit. Haha. Okay lumrah la kan. OST pon best. Heroin cite nie pon sama, she won't believe what people saying bad bout her bf unless benda tue dia tengok sendiri and dapat explanation from his fb ! Okay have a faith ! Actually awal awal heroin nie kena tinggalkan sbb best friend dia goda  ex bf dia tue, then ex bf dia nak dia blk tp hero cite yang tolong heroin nie, ajar dia jadi kuat tak mudah mengalah. ;)





Last sekali cite Marry Me, Mary / Mary Stayed Out All Night ! Okay cite nie entah macam mana boleh tarik minat saya. Heroin cite sangatlah loyal, yes sangat loyal, tabah pulak tue. Dia tak suka marah, dia akan tenangkan diri dia bila sedih. Both of the heroes in this story pulak masing masing tunjuk effort sendiri nak menangkan hati si heroin. Yes serious macam macam yang jadi, masing masing nak bagi jeles ! Comel okay bila tengok laki jelez. Si hero nyanyi untuk si heroin, siap dorang buat lagu dorang sendiri ! Oh sweet okay ! Kedua-dua hero xnak mengalah and of course lah yang heroin cinta yang hero seorang penyanyi tue, even dia tersangatlah ego but he did changed for her. Seriously, he is so protective and sweet okay ! Btw, dengar kata in reality life dorang nie couple. HAHA. ;)








p/s : Okay hope korang enjoy video semua nie, sila tutup lagu backgroud music kat blog saya nie dlu, kat tepi kanan atas sekali. Sila enjoy okay ! Ini antara lagu yang saya minat, lagu yang penuh dlm phone saya tue. HAHA. Btw, thanx taw sape sape yang suggest cite korea yang best, sila share lagi nanti boleh saya donwload. Thanx ! :D



Thursday, December 23, 2010

Marry me, Rizha ! HAHA.
















Saya sudah jatuh cinta dengan cerita nie, seriously sangat sangat suka ! It would be my korean favourite drama ever ! Winter Sonata, Boys Over Flower, Personal Taste and here it is Marry Me, Marry ! Oh hero hero cerita ini dorang sangat sangat lah tunjuk usaha masing-masing nak menangkan hati heroin, Marry ! Seriously sangat best !  I deactive my facebook and enjoying this drama a lot ! I am happy and my blog background song is the one of this drama OST ! Enjoy ! :)



p/s : bila lah ada orang berani nak cakap ini dekat saya, 'Marry Me, Rizha !' :P



Monday, December 20, 2010

Hati dan perasaan orang jangan dipersendakan !

Assalamualaikum.





Saya sekadar nak kongsi dengan korang, nak pendapat korang kalau boleh. Okay my mom keep reminding me like this "adik jangan kawan sangat dengan ramai laki, kita tak tahu orang kat luar nie macam-macam, memang kita tak bagi harapan tapi kadang kadang orang mengharap kat kita, kita tahu !" Ayat tue selalu bermain di telinga. Serious kadang kadang rasa ada betolnya juga. To be honest, pengalaman mengajar saya supaya lebih berhati hati untuk berkawan dengan lelaki. Saya susah nak percaya dekat orang, sekali saya kena tipu, saya mungkin macam percaya kamu tapi perasaan ragu-ragu takkan hilang !
 

Memang saya akui saya ramai kawan lelaki, ramai sangat, sebab saya sekolah campur laki perempuan, perkara biasa bukan. Seumur hidup saya, saya pernah keluar berdua dengan lelaki, hanya tiga orang sahaja. Tiga orang yang pernah menjadi boyfriend saya. Kawan rapat lelaki saya tak pernah keluar berdua sekali. Saya tiada kawan rapat lelaki pon sebenarnya cause at the end they turn up to be my boyfriend. Saya kalau rapat dengan sorang tue, sorang tue je lah saya rapat. Serious ! That's why kalau putus cinta saya rasa teruk sangat sebab rasa kehilangan teramat sangat.
Saya sangat tak suka istilah 'scandal' ! Dalam kamus hidup saya memang takkan ada scandal. Tahu kenapa ? Sebab mak saya pesan jangan permainkan hati orang, itu lah mak saya tanak saya kawan rapat dengan ramai lelaki. Takut-takut nanti mungkin ada yang berdendam dengan kita. Oleh itu, dekat fb memang saya sangat susah nak bagi no phone saya dan juga kalau layan pon, kawan sekadar dekat fb, nak berjumpa di luar, oh sorry, kalau ramai-ramai okay lah ! Sebab tue banyak kali saya menolak untuk berjumpa berdua. Saya segan dan saya dari kecil diajar supaya tidak keluar dengan stranger unless keluar dalam grouping.


Mungkin saya nie nampak terlalu negatif, tapi terus terang saya cakap, hal perasaan nie jangan main-main. Sebab tue bila single, for those yang rapat dengan saya cuba pelan pelan merenggangkan diri saya dengan dorang, lelaki lah. Sebab apa ? Sebab saya tanak dorang terluka di kemuadian hari.  Tanak dorang dh biasa dengan saya, nanti bila saya harus pergi, dorang akan rasa kehilangan. Saya tahu macam mana sakitnya rasa kehilangan orang yang kita sayang, sakit sangat ! Kawan sekadar kawan, bukannya call tengah malam buta, chatting sampai tengah malam buta, bersms tengah malam buta. Kalau single dua-dua takde masalah, kalau salah sorang ada bf or gf, kang x elok gugat hubungan orang. Jangan ragut kebahagian orang lain !
Saya cakap nie berdasarkan pengalaman saya. Saya hidup untuk masa depan nie semuanya belajar dari pengalaman yang lepas. Banyak kes yang kita tengok, suami isteri berpisah sebab ada orang buat, pasangan yang bakal kahwin dan bertunang putus sebab orang buat. Ya Allah, kita tak tahu perangai orang. Silap haribulan kita tersalah mainkan orang, nahhh silap silap keturunan kita yang diganggu. Ini yang mak saya paling risau. Yes kita perlu berdoa memohon perlindungan tapi kita juga harus usaha untuk elak dari perkara tersebut so jangan mainkan hati orang.


Kadang-kadang budak budak usia saya nie masih lagi tak matang, tak pikir keburukan sangat, pikir kepada keseronokan yang lebih. Saya pon kadang-kadang macam tue. Tapi korang tahu tak, kalau korang amalkan sikap playboy or playgirl nie, korang rasa korang akan bahagia ke ? Mesti tak kan ? Lagi satu, orang tersayang korang pon boleh dapat ancaman tahu dengan sikap korang macam tue. Banyak kes yang dendam dengan isteri or suami, pasangan dorang yang jadi mangsa. See ! Jangan lah pikir nak seronok saja, pikir baik dan buruk sama.







Lagi satu, kalau anda rasa anda tak boleh bagi komitmen dekat someone tue, berkeras dengan pendirian korang. Jangan ikutkan sangat rasa simpati or nak jaga hati. Kelak korang yang akan sakitkan hati orang tue jugak. Don't you ever say 'I LOVE YOU' to anyone that you don't love ! Jangan mudah sangat kata perkataan itu dekat seseorang, bila awak kata macam tue, awak bagi harapan. Antara dua harapan, palsu atau benar ! Tolong matang sikit dalam hal ini. Kesian dekat orang yang sayang kita tue, dia ikhlas mencintai kita, tapi kita bagi harapan palsu. Cuba orang buat dekat korang macam tue ? Sakit tak ?


Tapi bila dah betol dua dua mencintai. Jaga hati pasangan masing-masing. Give and Take ! Korang nak dia baik dengan korang, korang kena baik dengan dia. Korang tanak dia curang dengan korang, korang jangan curang dengan dia. Korang larang itu ini dekat dia, korang pon jangan buat apa yg korang larang. Senang kan ? Dalam sesebuah hubungan kena ada tolak ansur, tolak ansur dengan semua perkara. Jangan jadi bodoh, jadi seorang yang boleh berfikir secara rasional. Kalau korang tipu pasangan korang, cuba korang bayang kalau dia tipu korang balik ? Senang cerita, letak diri korang tue dekat tempat pasangan korang yang korang tipu tue ! Rasa apa ?






Dalam bercinta, kita perlu ada pegang tiga elemen nie. SABAR, REDHA dan TAWAKAL. Korang pilih orang tue, korang kena sabar dengan sikap dan karenah orang tue. Tapi kalau dia sabar dengan korang, korang dok buat perangai buruk, memang bodoh lah korang ! Then korang kena redha dengan segala risiko, redha dengan perangai orang tue, terima dia seadanya. Kemudian, tawakal kepada Allah bahawa korang dh buat pilihan yang terbaik, berdoa kepada Allah untuk permudahkan hubungan korang hingga ikatan perkahwinan. Ini tak, korang marah korang bosan, korang minta putus tak pon cari orang lain dalam diam diam. Korang tak bersyukur dengan apa korang ada, korang tak hargai apa korang ada.


Belajar untuk setia, belajar untuk terima dan belajar untuk berubah menjadi lebih baik. Kalau dia boleh berubah untuk kita, untuk kebahagiaan bersama, kenapa kita tak boleh berubah untuk kebaikan bersama jugak ? GIVE and TAKE ! Hidup nie bukan untuk menerima saja, kena juga belajar memberi. Jangan pulak korang jaga hati dia kat depan, kat belakang korang main laki or perempuan lain. Nauzubillah, sungguh sakit kalau pasangan korang tahu. Korang kena ingat, sesabar seseorang itu, dia masih punya perasaan. Cinta boleh membuatkan seseorang yang baik jadi kejam, yang kejam jadi baik. Ingat tue !






Pasal single, oh korang nak single kan, so tak payah bagi harapan dekat orang lain. Yang nie mengada ! Dah single, dok cakap single is better than couple apa bagai lah, then dok bergedik bergatal dengan orang lain. Kawan la babe, tak perlu bagi orang syok kat awak ! Bukan apa, mentang mentang single, so nak kawan dengan semua orang sampai bf or gf orang pon korang nak sapu ! Kawan sekadar kawan, kawan ada batas okay ! Takkan la kawan nak jumpa berdua, bergedik nak jumpa bagai, nak no phone, call  bergayut tengah malan buta ! Nak nak lak bf or gf orang kan ? Hey please kalau pasangan korang buat camtue korang marah ? Lu pikir la sendiri !


Okay saya membebel kan ? Haha. Saya cakap nie melalui apa yang saya lihat, perhati, orang sekeliling saya dan juga pengalaman saya sendiri. Saya seorang yang futuristic ! Saya suka pikir ke depan dan macam-macam yang saya fikir. Kalau kita tak berubah dan berusaha sekarang, mimpi lah korang nak dapat or gapai apa yang korang nak nanti ! Korang yang corak hidup dan diri korang, masa depan itu lah hasil daripada apa yg korang corak dari sekarang. Kalau perangai hampeh sekarang, macam mana nak jadi isteri dan suami yang baik pada masa akan datang ? Nak tunggu kawin nanti, confirm  korang terbawak perangai hampeh korang tue dalam perkahwinan nanti, even sikit pon ! Sikit sikit lama lama jadi bukit ! 


Pendek kata, jangan mainkan perasaan orang. Korang bahayakan diri korang, orang yang korang sayang dan mungkin keturunan korang. Tolong lah jangan nak menyusahkan orang lain. Kesian sangat kat orang sekeliling kita yang sayangkan kita. Lagi satu, tak mustahil turun perangai korang dekat anak korang tue. Haaa ini berat. Kesian kot, masa depan dia. Jangan tolonglah jangan buat macam tue. Hargai apa ada, jaga apa yang ada ! Jangan ingat selama-lamanya kita kat atas, hidup nie macam roda. KARMA pon ada ! What goes around, comes around ! Ingat lah tue, jangan ingat korang yang tanggung akibat perbuatan korang. orang sekeliling korang pon mungkin bakal menjadi mangsa jugak !



p.s : tiga elemen tue saya dapat tahu dari seorang kenalan saya, sekarang nie saya berpegang dengan tiga lemen itu, insyaAllah iman di dada akan makin menebal, bercinta berkasih sayang biarlah dengan betul dan diredhai. Bersikap matang dan rasional selagi mampu. Saya terdetik nak type pasal nie sbb kawan saya hampir mati sebab kena tipu.


Sharing is Caring ! :)

Assalamualaikum.





Tadi rajinkan diri ber-blog walking so ada lah terusha banyak entry yang menarik so terasa nak share something kat sini. Korang suka shopping ? Saya sangat suka shopping, sangat suka tapi bila ada SALE ! Haha. Sayang duit kot, bila rasa nak shopping tyme xde SALE, sila pergi ke Times Square. HAHA. Sumpah boleh cuci mata and tak payah risau sangat, harga average je tapi bukan baju branded lah kan.


To be honest, saya nie jarang sekali beli baju branded, tambah tambah guna duit sendiri ! Memang susah sikit lah nak keluar duit, kedekut ke ? Bila nak beli tue kan, dok pikir kalau beli yang ini, benda lain takleyh beli ! Tak pon dah angkat baju branded nie, then pikir 'PERLU KE ?', nahhh memang tak perlu, terus letak dan belah dari situ ! Itu lah namanya beli belah, eh tak beli ! HAHA.





Saya beli baju selalunya yang nampak comel dan elegant, yang pasti saya selesa ! Bukan baju branded pon xpe, kualiti tetap okay je ! Tahan lama, lagi perempuan nie pakai baju dalam seminggu tue takkan ada pakai baju yang sama ! Kalau boleh tukar tukar, so better beli yang harga berpatutan ! Boleh beli banyak baju ! Tapi kalau yang branded punya baju tgh SALE, apa lagi wajib GRAB lah kannn ! Peluang keemasan jangan dilepaskan !


Saya selalu beli baju dekat Mid Valley, Times Square, Sunway Pyramid dan SOGO itu kalau dekat area KL Selangor nie. Kalau Penang selalunya dekat Megamall Seberang Perai, Queensbay dan Bukit Jambul Mall ! Tempat nie je selalu saya beli ! Saya suka shopping online jugak ! Okay tapi kalau kasut, YES saya beli yang branded. Bukan apa, tanak kaki nie sakit bila jalan jauh. Jauh pusing satu mall ! HAHA.






Heels and wedges selalunya saya beli Aldo, U.S POLO, Esarli, Crocodile dan Vincci ! Tapi yang paling best ialah ALDO ! Ahh memang superb kasut dia. Saya pakai wegdes brand ALDO, hey panjat bukit beb guna wedges ! Tahan tahan, memang puas hati guna ! Even mahal pon tapi berbaloi okay ! HAHA.  Tapi kasut nie selalunya mak bapak sponsor ! HAHA. Btw, hantaran saya wajib ada kasut ALDO ! Yessss ! ;D


Okay saya hanya bergaya bila keluar jalan jalan. Err bergaya ke ? I mean dress up in proper way, nampak hot camtue lah ! Hot ke ? HAHA. Kalau ke kelas, I just wear shirt with cardigan, jeans and flat shoes or sandal ! Kadang-kadang kemeja ! Jarang lah pakai dress pergi kelas, x perlu vogue pon ! Hari-hari nampak muka yang sama, then nak belajar pulak tue, tak perlu kot nak pakai hot hot ! HAHA.






Perfume ? Okay saya pakai perfume Ralph Lauren, Escada, Jean Paul Gaultier, Perfume inspired by Jennifer Lopez and DKNY ! Kalau body lotion, saya pakai Baby Johnson dengan Jean Paul Gaultier ! okay next barang make up, saya pakai compact powder, BB cream, concealer and foundation semua barang MAC,  eyeshadow saya x sure brand apa but itu hadiah dari Aleeya's Touch, eyeliner Silky Girl, mascara Maybelline, blusher Elianto and Silky Girl, loose powder Ronasutra, lip balm Lip Ice & Silky Girl, dan fixing spray Dermacolor  !


Pencuci muka ? Saya pakai Eumora Facial Bar, sesuai dengan saya tapi kena rajin sikit lah pakai Eumora nie. Saya nie jenis malas sikit, tapi kadang-kadang kena rajin kan diri. Bukan apa sebab cara guna dia ialah sapukan buih facial bar tue dekat muka then tunggu 2-3 minit kering kat muka. Kalau awal pagi leceh sikit lah, nak kena pergi kelas lagi kan, tapi memang bagus. Moisturizer saya pakai Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Milk. Sangat sangat elok dengan saya kulit jadi lembap, lembut dan memudahkan nak apply foundation.






Apa lagi yang nak dikongsi ? Itu je kot rasanya. Saya banyak habiskan duit utk kasut, barang makeup dan pencuci muka. Itu yang saya rasa lah ! Lepas nie saya nak beli Miracle Gold Cacao Mask untuk penjagaan muka. Kawan saya dah try and dia cakap sangat sangat bagus ! Saya yang rekemen dekat dia, dan dia cuba and dia ckp bagus, saya pon nak try jugak lah ! Boys, korang rasa complicated tak jadi perempuan ? Haaa macam macam perempuan jaga taw, so jangan marah kalau kitorg bersiap lambat sikit ! :D



p/s : jadilah pengguna yang bijak, beli waktu SALE saja barang branded tue, dahulukan apa yang penting dulu and amalkan sikap tanya pada diri sendiri 'PERLU KE?' bila nak shopping ! :D


Sunday, December 19, 2010

1 4 3 !



I've found one, hope it will last forever.
Amin.
;)

Thursday, December 16, 2010

My future family. ;)



Comel kan gambar dekat atas tue ? Yes, this is what I want in my future, my husband, my children, ada minat yang sama iaitu Photography ! Sila imagine kalau gambar lelaki di atas ialah Suami Saya, dan the little cute girl itu Anak Saya ! Oh so sweet, anak beranak keluar petang petang pegi tangkap gambar ! Rumah kita mesti penuh dengan frame portrait family, dan album anak-anak dari baru lahir sampai besar ! Oh sangat sangat teruja okay !


Kalau siapa nak jadi suami saya, sila paham apa yang saya mahu ! Ecehhhh, bajet la rizha nie kan ? Poyo poyooo yuckkssss ! Okay saya tahu saya nie bukan sesiapa pon, okay fine ! Tak perlu nak hina bagai, cukup lah sekadar cakap, rizha nie penyayang orangnya. HAHAHA. Okay enough ! Saya tak layak untuk sesiapa pon, err bukan, hati saya hanya untuk seorang sahaja. Tiada duanyaaaa ! Mengerti kamu? Btw, saya akan cuba menjadi lebih matang dan lebih berwaspada, bukan apa, belajar dari pengalaman lepas.;)



p/s : Habis belajar, kerja, kawin, dapat anak, didik anak = bahagia yang abadi ! ;)


Wednesday, December 15, 2010

Hari yang barakah, 15/12/2010.

Rizha and Sya.


With poster, gambar wajib okay ! ;)


Saya gemuk okay ! ;)


Terbuktikan kegemukan saya ? ;D
I know her since I was thirteen, one of my best friends. :)
Muka minta penampar kan ? :P


Nur Farisya Bt Muhammad Faiz, anak buah pertama saya, anak kakak kedua saya. (15/12/2010) ;)

Saya sangat gembira hari ini, jumpa kawan lama saya.
Bergosip, tangkap gambar, tengok cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah.
Lawak cerita tue, sumpah saya dgn sya gelak tak ingat dunia.
Pleasee lah tak payah nak control ayu sangat ! ;P


Farisya baru je dilahirkan petang tadi, dalam pukul 6.40 p.m.
Akak saya terpaksa dibedah sebab doctor risau baby lemas dalam perut nanti.
Alhamdulillah semuanya selamat.
InsyaAllah esok gerak ke PMC Shah Alam melawat kakak saya dan baby.
;)


p/s : perasan tak ? tengok cerita lain tangkap gambar dengan poster cerita lain ? HAHA. :D


Saturday, December 11, 2010

My saviour.



Here I am, just waiting.
My hopes of talking to you is slowly fading.
I missed and couldn't stop thinking of you all day.
The biggest disadvantage of living miles away.

With each day that passes by, there's always something new.
But one thing will always be the same-how my love for you is deep and true.
When we're not talking, I feel like I'm by myself.
I just can't see my future with no one else.





Tuesday, December 7, 2010

I am so sorry !




Don't get closer to me !
Don't treat me so nice !
Don't expect more than me !
I am just nothing, unattractive girl.


I am so sorry, better I should stop doing like this.
Before people needs me, I mean in their life.
I am so sorry !


I just wanna be your friend but not more than that !
Please stop hoping for me !
Please, it hurts me !
;(