Followers

Sunday, April 3, 2011

Pasar Tani Mega Shah Alam.

Assalamualaikum.




Siapa penduduk Shah Alam dekat sini ? Okay hari nie saya agak jakun la kan. Dua tahun dok kat Shah Alam nie baru la sampai Pasar Tani dekat stadium tue. Haha. I thought takat jual barang barang basah, makanan dengan baju baju sikit. Ya Allah, tataw la pulak besar gila. Huish ! Sakit kaki kot pusing dari pukul 9 pagi sampai 11.30 pagi jalan cuci mata. Haha. No wonder awal awal saya nak pergi, Tiqah cakap pakai kasut sport, penat nak jalan. Haha. Saya agak blurr di situ pada awalnya. Bila dah sampai. Nahhhhhh !

Awal awal sampai semua terus serbu tempat makan. Lapar kot. Pergi la breakfast. Well, bila pergi tempat macam nie kan, budak budak rumah saya suka sangat beli laksa utara. Ini akan jadi antara menu utama dorang. Haha. Saya memang teringin nak makan laksa tapi rasa macam dah selalu rasa laksa yang sangat sedap so saya agak choosy lah bila beli laksa kat sini. Haha. Btw, not bad lah rasa laksa kat situ. Saya makan bihun sup. Okay lah, mak saya buat lagi sedap. Haha. Saya gatal letak sambal kicap dia banyak, bapak pedas kot. Memang makan berselingan dengan airmata dan hingus ! Uish pengotor lak. Saya memang x boleh makan pedas plus tengah panas. Macam orang mati anak. Hahaha.




Lepas makan semua, memang laju lah kaki tawaf pasar tani nie. Ramai gila orang, memang saya perak habis la kan. Haha. Saya dengan Naz cari pashmina tapi susah gila nak jumpa pashmina kat situ, yang banyak tudung syria dgn shawl cotton. Nak cari pashmina better cari kat Times Square or Jalan TAR. Memang rambang mata lah kalau pergi dua tempat tue, bukan takat pashmina, segala shawl tudung semua ada. Okay back to Pasar Tani tadi, Niny nampak gaya macam nak cari skirt, tapi tak berkenan di hati. Saya tengok ada satu kemeja tue cantik sangat tapi material dia agak kasar so tengok je lah. Haha. Banyak juga baju muslimah tapi agak oldish. Adoi.


Pusing lagi, Niny cakap dia nak beli crocs. Then, dalam hati saya terdetik why not kali nie saya try belanja duit beli something yang cantik but jangan fikir brand or original sangat. Haha. Tengok Niny asyik pilih crocs, okay terus cakap nak jugak satu. Last last beli sama warna, sama style macam Niny tapi saiz tak sama. Saiz kaki Niny kecik sikit. Hehe. Kelakar lak rasa, sama kot ! Haha. Kadang kadang bagus je crocs nie even tak ori pon jalan je janji sedap pakai dan jimat. HAHA. Okay what ? Bila lagi nak berjimat cermat kan. Hehe.




Lepas tue saya beli inner syria yang ada awning. Saya baru taw kewujudan jenis inner macam nie. Haish lambat jugak saya nie. So saya beli warna merah sebab baju saya basically warna jenis merah macam tue. Then Naz dengan Niny lak berasak dengan warga Shah Alam yang beli baju sehelai RM5. Actually material dia okay, sedap, directly from kilang. I guess stock clearance dari kilang kot. Saya tengok pegang tshirt tue semua sedap, kain lembut. Dorang beli sehelai sebab nak pakai untuk jogging. Haha. BAGUS ! Kitorg banyak beli tshirt short sleeves sebelum nie bila semua orang dah start pakai cardigan. Huhu.


Then, kitorang pusing lagi. Naz terjumpa 1 handbag nie lawa gila. Serious tak tipu, saya tengok pon berkenan. Taste saya dah macam Naz hari nie sebab basically apa yang kitorg tengok, both of us berkenan. Macam Naz berkenan tapi dia tanak beli. Saya cakap kalau saya beli xpe ke ? Kang kecik hati lak. Dia cakap beli lah sebab nanti dia cakap nak pergi tengok kat TS. Selalu saya cari handbag kat TS sebab ala ala korea punya taste tapi entah bila pulak nak pergi TS sebab dah final. Dress untuk dinner pon ingat cari dekat Penang or Sunway je rasanya. Then saya pon beli, the price not bad lah kan. Dalam mind memang nak buat koleksi yang murah , tahan but cantik. Dah macam inspired by Farah A. Duff. lak kan. Dia suka something yang bundle, nice and murah !





Lepas tue kitorang dah penat jalan, terus pergi Giant and saya belikan barang Fain and saya sendiri. Cari Koko Krunch untuk saya sendiri, Honey Star untuk Fain. Beli dua sabun basuh baju Attack + Softener yang refill punya dua, ye la untuk saya dengan Fain. Then saya beli barang barang wanita. Haha. Tak payah nak mention kan. Jam saya dah mati, saya tak sempat nak tukar bateri so saya terus beli je jam RM10 satu tue. Dah tak kesah tahan ke tak, sebab saya desperate gila perlukan jam sebab nak final dah nie. Susah kot xde jam tangan tyme exam, kang salah bajet masa. Saya pon bukan pilih sangat, nampak berkenan then try terus okay beli. Haha. Memang hari nie beli barang yang untuk jimat cermat habis. Haha.


Gerak pergi McD beli untuk lunch. Beli dua set untuk saya dengan Fain. Then terus call dorang, tanya dah nak balik ke belum ? Dorang cakap semua nak balik, then terserempak dengan Hafiz tengah tengok durian. Hoho. Kempunan lak kan nak makan durian. Haish. Tunggu balik Kedah lah nanti. Hehe. Lepas tue terus gerak balik kolej, sumpah banyak barang kot. Haha. Niny cakap kitorg macam suri rumah keluar beli barang dapur. Haha. Beli barang dapur balik pukul 12.30, bila nya nak masak kan ? Haha. Lawak betol. Dalam sibuk sibuk, sempat lagi keluar pergi hiburkan hati. Haha. Banyak gila baju ala vintage jual dekat pasar tani tue, ada yang baju sama kot saya jumpa kat blogshop, tapi ada jugak jual kat pasar tani, bezanya harga je. Barang murah tapi korang pandai gayakan, it will look nice on you. Trust me ! :)



p/s : jimat jimat saya pon, duit keluar macam paip bomba ja keluar cuma bezanya saya dapat banyak barang dengan jumlah duit yang saya selalu belanja. Selalu dapat 1-2 barang dengan jumlah duit tue, tapi hari nie dapat banyak barang, Itu namanya berjimat cermat cuma brand and kualiti tue kurang sikit lah. :)



0 lovebites: