Followers

Friday, May 6, 2011

Tahfiz, tempat anak anak saya belajar.

Assalamualaikum.




Saya baru saja balik rumah, teman my mom pergi Econsave beli barang dapur. Dalam perjalanan saya balik rumah tadi borak macam macam dengan mak. Emak cerita macam macam apa yang jadi sepanjang saya tiada dekat rumah. Macam macam lah, semua hal family. Bila saya dah meningkat dewasa nie, emak dah tak lagi nak cover cover bila cakap soal jodoh dengan saya. Ye lah, saya pon dah nak masuk 20 kan. Haish macam tua lak bila dah masuk puluhan nie.


Emak cakap, niat di hati beliau, semua cucu cucu beliau dihantar mengaji di Tahfiz. Saya pernah fikir semua nie, saya memang berhasrat nak hantar semua anak saya masuk Tahfiz dari kecik. Wahhh anak anak saya ? Haha. Okay meh saya kongsi perancangan saya la kan. Bila emak cakap macam tue, suddenly saya rasa saya patut serious dengan apa yang saya rancangkan nie. Kalau ada rezeki, ada zuriat, insyaAllah anak anak nie akan dihantar masuk Tahfiz. Biar dari kecil, biar dia besar dengan persekitaran contoh yang baik. Tapi mesti ada kengkangan punya. Meh kita bincangkan.





Ada orang akan cakap, takut anak tue tak serasi. Bagi saya la kan, kita hantar dulu, baru kita tahu serasi ke tak. Anak yang baik, yang soleh dan solehah insyaAllah dia akan mendengar kata. Semuanya untuk dorang jugak. Emak saya cakap, dulu dia tak mampu nak hantar saya dan adik beradik pergi sekolah Tahfiz sebab dulu tak banyak macam sekarang. So gunakan lah kemudahan yang ada sekarang nie. Dulu mak cakap gaji mak ayah tak besar macam sekarang so basically memang tak mampu nak hantar. Jadi sebak pulak bila dengar, so biarlah kali nie saya sempurnakan hasrat emak ayah saya. Benda baik, kita patut segerakan.


Bila saya fikir balik, alahai anak tue kecik lagi kalau umur 7 tahun dah bagi dia masuk asrama. Tapi bila fikirkan balik, semuanya untuk dia jugak. Masa depan dunia akhirat. Mak cakap boleh je hantar yang pergi balik hari tapi nanti susah si anak nak menghafaz. Bila fikir balik, betul jugak, memang tak fokus lah dia nanti. Then saya fikir dekat situ, saya patut belajar rajin rajin sekarang supaya dapat kerja yang mampu beri gaji yang tinggi. Nak hantar anak anak nie pergi sekolah Tahfiz sebab semuanya swasta, kos mungkin tinggi. Tak boleh boros dah sekarang.





Okay perlu jimat cermat, simpan duit nak kawin, duit untuk anak anak. Then saya fikir lah, kalau kerja besar besar macam accountant, ya Allah memang tiada masa untuk anak anak. Saya pon terfikir, malam malam siapa nak ajar anak mengaji baca Iqra' dan Al-Quran, maksud saya dalam usia dorang umo 4-6 tahun. Kalau saya sibuk, si ayah sibuk, siapa nak ajar ? Saya tanak amek maid kalau boleh. Then saya fikir, biar saya kerja penat lelah dalam usia yang muda lepas habis grad, selagi tak punya zuriat, saya akan bertungkus lumus then bila dah ada zuriat, saya mungkin akan cari kerja yang ikut office hour. Malamnya boleh saya ajar anak anak mengaji Iqra' dan Al-Quran. Itu plan saya.


Memang orang cakap rugi tapi saya tak kesah lah asalkan anak anak ini tak terbiar, agama di dada biar disemai dari kecil. Biar dorang lagi bagus dari saya. Walaubagaimanapun saya takkan berhenti kerja sebab memang saya dah pasang niat saya takkan berhenti kerja. Saya nak kurangkan beban bakal suami saya, jadi bakal suami saya nak tanak kena terima yang saya akan tetap bekerja selepas berkahwin. Itu antara perancangan hidup saya. Wahhh~ Dulu pernah berangan nak hantar anak anak nie pergi kelas music, memang tak dapat lah kan. Biar dorang pandai bertaranum, mengaji, menghafaz semua. Sikit sebanyak dorang boleh betulkan mak dia yang tak berapa nak betul sangat nie kan ? Hahaha.





Hai bakal suami, awak okay dengan plan saya nie ? Haha. Saya harap awak setuju lah dengan cadangan saya nie. Kita sama sama cari duit untuk hantar anak anak nie masuk sekolah Tahfiz okay ? Memang dorang terpisah dengan kita dalam usia muda sebab duduk asrama, tapi every weekend kita pergi jenguk dorang okay ? So xde lah dorang ingat kita sisihkan dorang kan ? InsyaAllah dekat sana, ada kawan kawan sebaya jadi dorang akan jalani hidup sebagai kanak kanak yang lain. Jangan risau okay ! Saya tahu nie semua perancangan, kita yang rancang, Allah yang menentukan tapi kita sama sama usaha dan berdoa agar semua dipermudahkan okay ? :)


Okay lah saya nak share nie je dengan korang, bukan nak berlagak baik tapi ini antara impian saya, impian ibu bapa saya. Korang macam mana pulak ? Haa nie mesti akan ada orang yang kata saya gatai nak kawin bagai nak ada anak segala. HAHA. Saya tak kisah lah, ini perancangan hidup. Bukannya saya fikir yang bukan bukan. Kita dalam belajar kena ada aim kan ? So dalam hidup pon macam tue la kan ! Hehe. Anak yang soleh dan solehah ini lah yang akan bantu kita di akhirat kelak. Anak anak ini juga yang mendoakan kita. Biar pon kita tak mampu beri contoh yang baik kepada dorang at least kita buat keputusan yang terbaik untuk dorang. :)





photo : credit to google search.


p/s : saya teringin nak dengar anak anak saya baca Al-Quran macam imam di Mekah. Ya Allah, sejuk hati mendengar. Saya mungkin tak mampu bahkan bakal suami saya, jadi biar anak anak ini mampu untuk melakukannya. :)



4 lovebites:

MUHAMMAD O'LOUGHLIN said...

welcome back jitra btw.
mama pun penah hantar p tahfiz jugak kat Derang tapi masa nak tunggu result spm lah 3 bulan p mengaji sana. sgt best lah. jumpa ulamak merata rata tempat kat dunia nie.

suka tgk kak rizha plan for the future nnt. i hope u be a good mom for ur children :)

^^

Rizha. said...

eh akak bukan orang jitra la dek. hehehe. ;)

oh really ? wahhh~ bestnyaa ! pergi sana mengaji apa ja ? share sikit dengan akak ! hehe.

amin, thank you my dear. ;)

-Faridz- said...

nice plan rizha. yup. it will also be my plan for my children afterwards =) nice sharing btw~

MUHAMMAD O'LOUGHLIN said...

pandai pandai ja teka -__-' . HEHE
btw kak stay area mana ?


btw yang p tue kem. so, xsamalah kalau yang belajar menetap disana as student.kat sana belajar macam macam lah, fardhu ain, tassawuf, jawi, arab, ibadat, hadis, jawi lama dan lebih mendalam lagi dari belajar kat sekolah. kat sekolah basic saja. every week jumaat sabtu pergi ceramah kat masjid.


hehe.welcome :)