Followers

Friday, July 15, 2011

Trust and Loyalty.

Assalamualaikum.




Hari ini saya rasa mahu menyuarakan pendapat saya mengenai kepercayaan dan kesetiaan. Bila difikirkan balik, bukan mudah untuk membina kepercayaan kepada seseorang tapi bila ada kepercayaan itu maka kesetiaan akan menyusul. Kepercayaan nie sangat meluas, antara pasangan berkahwin, pasangan bercinta, hubungan dalam kekeluargaan dan juga teman. Walaubagaimanapun, kita akan dahulukan insan yang kita sayang dan rapat. Betul bukan ?


Emak selalu bercakap, "Kalau mahu cari calon suami, carilah yang boleh setia bersama kita hingga tua." Bagaimana ? Kita bukan tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Orang yang berkahwin boleh bercerai, apatah lah orang yang bercinta. Adik beradik pon boleh pecah belah. Saya mahu pergi ke skop yang lebih kecil iaitu kepercayaan antara pasangan bercinta. Saya pasti kebanyakkan yang bercinta inginkan kesudahan dengan sebuah perkahwinan. Pernah anda terfikir bahawa apakah usaha anda ke arah itu ? Biar lambat tapi sekurang-kurangnya anda berusaha.





Kepercayaa ini bila ia sudah terbina, biar apa pon dusta dihamburkan orang luar, kita masih percayakan insan yang kita sayang. Boleh lihat di sini kesetiaan antara satu sama lain. Biar buruk bagaimanapon, kita masih percaya masih setia. Orang cakap kita buta kerana sayang, mungkin ya tapi salah satu sebabnya kita masih ada kepercayaan antara satu sama lain. Apa akan jadi bila kepercayaan itu dimusnahkan pasangan kita sendiri ? Ini memang melarat. Ya kepercayaan itu sudah hancur tapi tidak sepenuhnya kerana ada sesetengah daripada kita masih menunggu penjelasan. Ini menunjukkan kita masih ada rasa kepercayaan itu dan cuba untuk selamatkan yang mana ada selebihnya.


Anda mendambakan kesetiaan, apakah anda setia ? Tepuk dada tanya hati anda. Anda mahu orang percaya anda, tapi adakah perlakuan anda mampu mengekalkan kepercayaan orang kepada anda ? Tepuk dada tanya diri anda. Kalau sebelum kahwin anda hancurkan kepercayaan itu bagaimana di alam perkahwinan ? Ibu bapa mana mahu berikan anak mereka kepada orang yang belum tentu setia kepada anak mereka. Di sini anda harus fikir sejenak, jika kita mahukan kepercayaan dan kesetiaan, kita harus lihat diri kita sendiri. Jika kita pernah buat salah pernah buat kesilapan yang mungkin hancurkan dua perkara ini, berubah lah. Berubah untuk kecapi, biar pon harus merangkak, berusahalah.





Apakah yang dirasakan bila rasa diri diperbodohkan ? Sakit bukan. Dalam soal ini, hal sakit hati bukan utama tetapi penjelasan yang diutamakan. Biar perit mana ditanggung, penjelasan juga yang dinantikan. Mungkin penjelasan itu satu kebenaran yang kejam tetapi sekurang-kurangnya kita tahu perkara sebenar. Siapa mahu rasa macam diperbodohkan sehingga tamat permainan ? Tiada siapa. Anda jugak tidak mahu bukan. Sudahlah ditipu, lagi dirasa bodoh sehingga saat akhir. Mesti semua orang tidak mahu rasa diperbodohkan. Dalam erti kata lain, bila melakukan sesuatu kita harus fikir kesannya. Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang bakal mendapat bahana dari perbuatan kita. Jika tidak melibatkan orang lain, tak mengapa. Jika melibatkan orang lain, apakah kita mampu bayar air mata yang menitis kerana kita ?


Kesimpulannya di sini, jagalah sebuah kepercayaan itu dengan baik. Ia akan bawa kita sampai ke mana mana terutamanya di alam perkahwinan. Pelbagai yang ditempuh untuk membina sebuah kepercayaan, jadi jangan persiakan sesuatu yang memang dari hasil rasa hati kita. Jangan persiakan orang yang menghargai kita dengan menaruh rasa kepercayaan kepada kita kerana mungkin satu masa nanti, hanya insan ini masih berdiri di sebelah anda bila mana semua orang meninggalkan anda. Kita patut bersyukur sekiranya ada insan yang percayakan kita kerana untuk membina kepercayaan itu, ia mengambil masa yang lama. Ingat, disebabkan kepercayaan yang tidak utuh, sebuah mahligai perkahwinan boleh hancur, jadi sediakan diri untuk berubah dan selamatkan diri anda dari sikap yang bakal hancurkan kepercayaan orang lain. :)





p/s : sekadar berpendapat, maaf kalau plot tak tersusun. hargailah orang yang percayakan anda, jangan perbodohkan orang lain. kelak risau orang lain pula bakal perbodohkan kita. Jadi bijaklah menilai insan yang sudah lama di sisi anda dan ingatlah pengorbanan dan usaha insan itu. :)



1 lovebites:

Ku Basri said...

serius ckp,basri x pnah jumpa owg mcm rizha nie,mcm2 dugaan rizha tempuh,basri taw rizha kuat....mmg kesetiaan 2 penting dlm 1 perhubungan.insyaallah 1 hari nnti rizha akan dpt yg terbaik.klau x slap,basri knl rizha dri zman myspace lgi.basri ske tgk rizha happy :)