Followers

Thursday, September 8, 2011

To love and be loved.

Assalamualaikum.





Mungkin ini post last saya untuk cuti yang panjang gila nie. InsyaAllah Ahad depan saya kembali pulang ke Shah Alam. Saya banyak perhatikan pasangan pasangan bercinta, macam macam karenah, macam macam hal. Kali nie saya nak suarakan pendapat saya mengenai apa yang kita idam tak semestinya kita dapat dan apakah susah sangat untuk menjadi terbaik untuk orang yang kita cintai ? Curang ? Punca curang ? 


Saya banyak lihat pasangan bercinta yang bergaduh, putus, sambung bercinta kembali dan lain lain lagi. Saya taknak cakap pasal hal orang yang dah berkahwin sebab saya tak punya pengalaman dan itu di luar bidang pengetahuan saya. Saya tahu perasaan ingin berkasih dan dikasihi tue datang bukan kita minta tapi adakah anda sedar bahawa tujuan sebenar anda untuk memberi komitmen kepada orang yang ada mahu berkasih dan dikasihi.






Ada quote "Don't fall in love because you're lonely. Fall in love when you're ready." Apa yang anda faham sebenarnya ? Jujur saya cakap kebanyakkan orang yang bercinta atas sebab dia sunyi, memang tak tahan lama. Sunyi dengan bersedia sangat lain saya rasa. Bila rasa bersedia, means that awak takkan menyesal, awak akan jaga baik baik hubungan awak, awak akan pertahankan relationship awak walau apapon yang jadi. Kalau sunyi, satu masa nanti bila anda bosan dengan pasangan anda, kemungkinan anda akan mencari orang lain.


Saya cakap atas dasar pengalaman saya. Sepanjang hidup saya, hanya sekali saja saya bercinta kerana saya bersedia. Banyak kali saya bercinta sebab saya sunyi and semuanya separuh jalan saja. Tapi sebenarnya bila kita bersedia pon bukan 100% hubungan kita akan berjaya, jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Bagi saya, kalau sama sama bersedia, lelaki dan perempuan, masing masing tahu akan tanggungjawab sendiri dan pada antara satu sama lain, insyaAllah akan dipermudahkan.






Jujurnya saya lihat ramai perempuan yang di luar sana mempunyai kreteria sendiri untuk lelaki pilihan mereka. Nak yang itu yang ini, anda perlu ingat tak semua yang anda mahukan anda akan dapat. Ya semua mahukan terbaik tapi bila anda telah letak satu syarat secara tidak langsung, bila mana lelaki yang anda minat itu bukan seperti anda mahukan dalam masa panjang, apakah hubungan itu akan kekal ? Kenapa anda mahu bercinta pada awalnya ? Sunyi ? Kalau anda bersedia, anda akan terima baik buruk dia, tak demand lebih lebih.


Lelaki pulak saya lihat yang bercinta nie ya Allah makin lama makin hilang manisnya kurma itu. Haha. Okay maksud saya dekat sini, Hello bila awak nak mengayat awek awak dulu bukan main la sanggup invest segala bagai, duit, masa and everything. Bila dah mula bercinta bagai, haa mula nak lupa segala. Lepas tue menggatal merata tapi simpan awek kt dalam frame. Larang awek awak itu ini, awak boleh pulak. Gitu ? Kenapa tak boleh give and take ? Jatuh ego ? Takut kawan kawan bahan ? Hello, kalau takut semua tue dari awal lagi awak tak patut bercinta. Haaa kan sini blk kepada main point, bercinta kerana untuk mengisi masa lapang, masa sunyi ? Aha fikirlah.







Anda perlu ingat bila anda mula bercinta, mula berjanji setia bagai, anda sendiri telah membuatkan diri anda terikat dengan satu komitmen. Apa salah give and take ? Jangan harapkan sebelah pihak. Tak jatuh ego awak la sebagai seorang lelaki kalau awak boleh jadi lelaki terbaik untuk kekasih hati awak dan pada masa yang sama kawan kawan awak pon awak sama sama jaga. Haa bukan jaga awek sorang. Begitu juga perempuan. Bezanya di sini saya lihat, kawan perempuan lebih memahami perempuan yang sudah ada bf daripada kawan lelaki yang mempunyai kawan yang ada gf. Kalau kawan buat apa sikit utk gf, terus nak bahan segala. 


Kadang kadang saya sedih lihat bf tipu gf, gf tipu bf. Hurm. Tiada kesudahan. Apa korang dah tak tahu erti setia yang dulu dulu anda ucapkan. Apa korang tak sayang apa yang korang bina dalam tempoh yang lama ? Jujur saya cakap, perempuan yang rampas kekasih orang ada kemungkinan dia boleh jadi isteri yang curang pada masa akan datang. Bukan saya nak diskriminasi tapi saya tahu lelaki nie memang sifat dia gatal sikit so awek orang tak awek, semua dia nak sapu. Tak semua lah. Yang perempuan, saya rasa jauh dalam sudut hati seseorang perempuan, ada satu perasaan yang lembut  yang baik. Kalau dia sanggup rampas, memang saya boleh cakap hati dia busuk. Minta maaf, saya rasa perempuan yang baik, takkan buat macam tue.






Bila anda menyayangi seseorang, anda perlu belajar memahami dan bersabar dengan perangai pasangan anda. Biar dia teruk mana, kalau boleh tegur, tegur dengan cara yang baik. Tak kira lelaki mahupon perempuan. Kena banyak bersabar. Kalau pasangan anda banyak bersabar dengan anda, tak reti nak berubah ? Nak pijak kepala lagi orang yang bersabar dengan anda ? Sampai bila nak pijak ? Sampai satu masa anda kena pijak balik ? Please, jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau boleh jaga hubungan, jagalah baik baik. Tapi jangan bercinta 24 jam, itu macam melampau. Haha.


Pendek kata, belajar untuk give and take. Kurangkan ego bila perlu, kurangkan expectation bila bercinta. Sama sama berganding bahu, bukan sebelah pihak. Orang sekeliling sama sama membantu bukan memusnahkan. Yang jatuh cinta dekat bf/gf orang tue, jangan nak rampas kebahagiaan orang lain, esok esok Allah balas balik perbuatan anda. Kalau ya pon anda sayang, sayang diam diam, jangan sakitkan hati orang lain. Apa silap dorang sampai korang nak lukakan dorang sedangkan dorang yang jumpa dulu gf/bf dorang. Paham ? Fikir-fikirkan lahhh. Saya tak suka guna istilah bf/gf nie. Saya perkatakan semua nie dari humanity aspect not from religious aspect. :)




p/s : saya bercinta saya tak lepas dari masalah. saya sakit hati saya sedih saya gembira, semua tue terpulang dengan cara kita handle semua masalah dan betapa kita sedar bahawa bernilainya kasih sayang kita kpd dia. :)


3 lovebites:

bantal said...

best cete nie bantal like2....,
bantal pun ade masalah mcm2 jgk...tapi memang kalu bercinta perlunye komitmen betul...kena betul2 sabar....banyak...tq..bagi cete macam nie boleh jadi...motivasi diri...

nany said...

tnz kak rizha!
huhu, sedikit tersentuh hati nih..
moge dua2 pihak yg bercinta paham erti komitmen, kesediaan dan kesetiaan..
hidup pasti lg indah..
tnz for sharing! <3

GuM GuM said...

nice story. keep it up